Cara menjana pendapatan dengan Android Apps
Tahukah anda, dengan menjadi seorang Apps Developer atau pembangun applikasi, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan!
Benda ni, memang boleh buat duit dan dalam perkongsian kali ini, saya nak cerita bagaimana dengan mencipta apps, sama ada apps yang canggih dengan pelbagai fungsi, atau apps yang simple seperti apps permainan boleh memberikan pendapatan kepada anda.
Apabila anda dah faham konsep, bagaimana apps menghasilkan pendapatan, In Shaa Allah satu masa nanti anda akan lebih jelas dengan hala tuju dan pemilihan jenis apps yang hendak dibangunkan.
Jadi tanpa mengambil lebih banyak masa anda, saya kongsikan disini 6 cara bagaimana apps boleh menjana pendapatan untuk anda.
(1) Program pengiklanan
Cara paling mudah dan biasa dilakukan untuk menghasilkan pendapatan melalui apps adalah dengan menyertai program pengiklanan. Melalui program pengiklanan, anda akan menyiarkan iklan-iklan berbayar kepada para pengguna yang memuat turun dan menggunakan apps anda.
Salah satu program pengiklanan yang popular adalah program pengiklanan Google Admob.
Program AdMob adalah khusus untuk para pembangun applikasi (apps developer). Konsep program Google AdMob ini lebih kurang sama sahaja seperti program Google Adsense. Cuma bezanya, Google Adsense adalah untuk pemilik laman web manakala AdMob adalah untuk developer Apps.
Berapa banyak pendapatan yang boleh dihasilkan melalui program Google AdMob?
Soalan tentang berapa banyak income yang boleh dihasilkan, ia sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya
(1) Jenis apps yang anda bina
Jenis apps yang dibina akan mempengaruhi jenis iklan yang disiarkan pada apps anda. Kalau apps yang dibina adalah apps permainan online, kebiasaannya iklan yang akan disiarkan juga adalah iklan tentang permainan game juga.
Andai kata apps yang anda bina adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan, iklan yang bakal muncul juga berkaitan dengan niche tersebut. Dari pembacaan yang saya lakukan, nilai setiap iklan adalah berbeza-beza. Contohnya iklan berkaitan dengan produk kewangan seperti saham, kad kredit, property adalah lebih mahal nilainya berbanding iklan mengenai laman web ecommerce.
Sekiranya apps yang anda bina tidak mempunyai iklan yang relevan dengan niche apps tersebut, hanya iklan-iklan murah sahaja yang akan dipaparkan. Ini secara tak langsung akan turut mempengaruhi pendapatan yang anda bakal terima melalui apps.
(2) Bilangan pengguna yang aktif menggunakan apps anda
Untuk buat duit dengan apps, tak cukup sekadar mempunyai jumlah muat turun yang banyak. Mereka yang memuat turun apps anda perlu menjadi pengguna yang aktif. Sebaik-baiknya apps tersebut digunakan setiap hari, dan kalau boleh dalam sehari setiap orang gunakan apps anda berkali-kali.
Cuba lihat senarai apps yang terdapat pada smartphone anda, mana satu apps yang anda selalu gunakan?
(3) Bagaimana pengguna berinteraksi dengan apps anda
Setiap kali ada iklan yang dipaparkan, apakah tindakan yang diambil oleh pengguna apps anda? Adakah dia akan skip ads, ataupun dia akan tonton iklan dalam bentuk video tersebut. Kalau pengguna skip ads, anda tak dapat sebarang income, tapi kalau dia memilih untuk melihat iklan, anda akan dapat income.
Iklan dari jenis rewarded, yang mana pengguna apps akan ditawarkan free life, atau diamond dan sebagainya sebagai ganti untuk dia melihat iklan boleh menjadi penyumbang terbesar bagi pendapatan melalui apps.
(4) Berapa lama pengguna menggunakan apps anda
Lagi lama dia gunakan apps anda, bermakna lagi banyak iklan yang pengguna tersebut bakal lihat. Ini akan membuatkan pendapatan yang anda bakal terima melalui apps akan jadi lebih tinggi.
(5) Berapa banyak iklan disiarkan pada apps anda
Misalnya dalam 15 minit pengguna apps anda menggunakan apps tersebut, berapa banyak bilangan iklan yang dipaparkan. Pengiraan mudahnya ialah lagi banyak iklan yang dilihat, lagi tinggi income yang bakal anda perolehi.
Walaubagaimanapun… tiada siapa yang suka apps yang ada banyak iklan. Pada masa yang sama, anda juga perlu pertimbangkan perasaan pengguna anda juga.
Kalau apps anda terlalu banyak iklan, pengguna akan rasa bosan.
Kalau apps anda menyiarkan iklan tetapi terlalu sedikit, pendapatan anda akan jadi sedikit sahaja.
Kalau apps anda langsung tak ada iklan, anda tidak akan mempunyai pendapatan langsung.
(6) Jenis iklan yang disiarkan
Iklan ni ada macam-macam jenis. Cuba lihat screenshot dibawah ini.
Setiap iklan yang berbeza, kadar bayaran yang bakal kita terima juga berbeza.
(7) Negara dimana pengguna apps anda berada
Kalau pengguna apps anda kebanyakkannya adalah mereka yang berada di US, Canada atau lain-lain negara maju, anda akan dapat pendapatan yang lebih tinggi kalau nak bandingkan dengan pengguna yang kebanyakkannya berasal dari negara Malaysia.
Berbalik kepada pertanyaan sebelum ini, berapa banyak pendapatan yang boleh dihasilkan melalui program Google AdMob? Selepas mempertimbangkan faktor-faktor diatas, saya ingin tarik perhatian anda untuk melihat kisah kejayaan Saudara Yuzairi Yusof yang berjaya hasilkan pendapatan sehingga USD100 dalam masa sehari melalui apps yang beliau hasilkan.
Adakah anda juga bakal memperoleh pendapatan seperti ini? Wallahua’lam. Semuanya bergantung kepada faktor-faktor yang telah saya sebutkan tadi.
(2) Program Referral atau Affiliate Marketing program
Alternatif bagi program pengiklanan, kita juga boleh buat duit melalui program referral. Kita siarkan sendiri banner dalam apps yang kita hasilkan, dan apabila ada pengguna yang menekan klik pada banner lalu membuat pembelian, kita akan memperolehi komisen.
(3) In-App purchase
Maksudnya pencipta apps menjual servis tambahan kepada pengguna apps mereka. Pada awalnya apps tersebut dimuat turun secara percuma sahaja. Untuk dapatkan fungsi tambahan, pengguna ada pilihan sama ada untuk beli pakej booster atau terpaksa berpuas hati dengan servis sedia ada.
Biasanya yang ada in-app puchase ini adalah apps jenis game.
Saya sendiri pernah beberapa kali beli pakej-pakej yang ditawarkan ini. Kalau harganya murah, saya bolehlah beli. Tapi kalau terlalu mahal, ada yang sampai USD99, yang tu memang tak mungkin untuk saya beli.
USD99 kalau convert kepada matawang RM nilainya lebih kurang RM396 dengan anggaran kadar tukaran matawang USD1 bersamaan dengan RM4.
Pada saya harganya sangat mahal, tapi bagi negara yang memang menggunakan matawang USD dalam urusan transaksi setiap hari, mungkin mereka rasa harganya sama macam kita rasa RM99 itu tak terlalu besar.
Jadi beginilah, kalau anda ada kemahiran untuk membina applikasi jenis permainan, kemudian anda target para pengguna anda adalah mereka yang berada di US, anda boleh tawarkan in app purchase seperti ini. Jika pengguna merasakan permainan yang anda cipta sangat bagus dan menyeronokkan, mereka pasti tidak teragak-agak untuk membuat pembelian.
(4) Langganan Perkhidmatan
Dalam konteks langganan perkhidmatan ini, pengguna yang memuat turun apps anda perlu membuat bayaran secara berkala, sama ada tahunan ataupun bulanan untuk terus menikmati konten yang anda sediakan melalui apps anda.
Salah satu contohnya ialah apps Netflix, iFlix, online newspaper dan sebagainya. Kalau pengguna masih inginkan konten terkini, maka dia perlu buat pembayaran kepada anda. Lazimnya pengguna apps berbayar seperti ini dapat menggunakan apps tersebut tanpa sebarang gangguan iklan.
(5) Sponsorship
Sebenarnya apabila pengguna apps kita sudah sangat ramai, mungkin dalam puluhan ribu atau ratusan ribu orang, pada waktu itu kita boleh jadi lebih kreatif dalam usaha untuk buat duit dengan apps. Kita boleh siarkan sponsored content atau iklan berbayar kepada pengguna apps kita.
Iklan ini datangnya dari orang perseorangan atau syarikat yang ingin beriklan di apps milik kita.
(6) E-commerce
Apps dalam kategori ecommerce seperti Lazada, Shopee dan sebagainya mengenakan sedikit service fee kepada para seller yang menggunakan platform mereka untuk melakukan proses jual beli. Service fee ini tidaklah terlalu tinggi, mungkin sekitar 2% – 10% (atau diantara), tapi cuba bayangkan kalau jumlah transaksi ada banyak.
Sudah tentu apps ini akan menjana pendapatan yang sangat banyak kepada pemiliknya.
No comments:
Post a Comment